Monday, May 25, 2009

Renungan

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telahbersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknyamelakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman merekainilah kiamat akan datang.'
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah skrg...


3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian & penyanyi²wanita'
- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,Anugerah Muzik..


4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusiabermegahan dalam mendirikan masjid'
- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyakperbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.'
- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambilorang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yangtinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yangberiman yang diapit oleh 2 orang mulia'
- Riwayat Thabrani
~ George Bush, ArielSharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yangdikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamatialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada oranglain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapihakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telahhampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamudengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'
- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'