Wednesday, April 16, 2008

MAJLIS PERJUMPAAN BEKAS - BEKAS PELAJAR SMTA PEKAN
Kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah Pekan Pahang Satu Majlis perjumpaan akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut :-
Tarikh : 24hb.Mei 2008.

Masa : Mulai Jam 6 petang.

Tempat : Hotel Vistana, Kuantan, Pahang

Perjumpaan ini terbuka kepada semua bekas pelajar SMTA Pekan yang berada di mana-mana sahaja. Sebarang pertanyaan

Sila Hubungi : Norazlina Ariffin untuk kehadiran (0139330892)

Tuesday, April 15, 2008

Mukkadimah


Kami adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah Pekan,
Pahang Darul Makmur. Berusaha untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan sekolah yang telah terpisah sejak sekian lama.

“Tempat jatuh lagi kan dikenang”

Menguatkan lagi usaha beberapa rakan untuk mengambil tahu keadaan rakan-rakan yang lain. Dengan berkat kerjasama, kami berjaya membentuk satu Jawatankuasa Bertindak untuk mengadakan satu perjumpaan bekas pelajar-pelajar SMTA Pekan.

Mengeratkan kembali silaturahim yang terputus sekian lama.

Membantu rakan-rakan yang memerlukan.

Membentuk satu komuniti atau keluarga yang besar.

Semua ahli Jawatankuasa Bertindak bersetuju untuk meletakkan status masing-masing ketepi apabila setiap pertemuan diadakan. Kita sama seperti masa-masa disekolah dahulu.

MENGERATKAN LAGI IKATAN SESAMA PELAJAR SMTA PEKAN
MENGHUBUNGI SEMULA RAKAN YANG TELAH LAMA TERPISAH MENGUMPULKAN BERITA BERITA TERKINI
BERKONGSI BAHAGIA DAN MEMBANTU RAKAN YANG DITIMPA KESUSAHAN

MENGIMBAU KEMBALI NOSTALGIA DI SMTA PEKAN
MENGHIDUPKAN SUASANA BERKELUARGA DAN SALING MENGAMBIL BERAT PERKEMBANGAN RAKAN RAKAN

MENGHARGAI PENGALAMAN YANG DITIMBA SEPANJANG ALAM PERSEKOLAHAN
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH PADA GURU GURU YANG TELAH MEMBENTUK JATI DIRI