Tuesday, April 15, 2008

Mukkadimah


Kami adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah Pekan,
Pahang Darul Makmur. Berusaha untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan sekolah yang telah terpisah sejak sekian lama.

“Tempat jatuh lagi kan dikenang”

Menguatkan lagi usaha beberapa rakan untuk mengambil tahu keadaan rakan-rakan yang lain. Dengan berkat kerjasama, kami berjaya membentuk satu Jawatankuasa Bertindak untuk mengadakan satu perjumpaan bekas pelajar-pelajar SMTA Pekan.

Mengeratkan kembali silaturahim yang terputus sekian lama.

Membantu rakan-rakan yang memerlukan.

Membentuk satu komuniti atau keluarga yang besar.

Semua ahli Jawatankuasa Bertindak bersetuju untuk meletakkan status masing-masing ketepi apabila setiap pertemuan diadakan. Kita sama seperti masa-masa disekolah dahulu.

MENGERATKAN LAGI IKATAN SESAMA PELAJAR SMTA PEKAN
MENGHUBUNGI SEMULA RAKAN YANG TELAH LAMA TERPISAH MENGUMPULKAN BERITA BERITA TERKINI
BERKONGSI BAHAGIA DAN MEMBANTU RAKAN YANG DITIMPA KESUSAHAN

MENGIMBAU KEMBALI NOSTALGIA DI SMTA PEKAN
MENGHIDUPKAN SUASANA BERKELUARGA DAN SALING MENGAMBIL BERAT PERKEMBANGAN RAKAN RAKAN

MENGHARGAI PENGALAMAN YANG DITIMBA SEPANJANG ALAM PERSEKOLAHAN
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH PADA GURU GURU YANG TELAH MEMBENTUK JATI DIRI


3 comments:

yaz_anuar said...

hai assalamualaikum...wahh..nampak meriah tapi nampak masih kekurangan ahli yang hadir.terlebih dahulu saya, yazrol dgn ini mengucapkan ribuan kemaafan sebab tidak dpt menghadirkan diri sekeluarga(wakil hasnor gak ni) kerana terpaksa mengikut trip holiday bersama keluarga yang mana telah d rancang terlebih awal lagi,maklum la..cuti sekolah.maaf sekali lagi.walalaubagaimana pun..saya harap selepas ini pihak ajk akan mengajurkan lagi dgn lebih teratur dan memanggil lebih ramai lagi bekas2 pelajar yang satu batch dgn kita.salam hormat dari saya sekeluarga.

Tok Empat said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum wah meriah nye tp sy dh lost contact gan kwn2 sek... Utk tahun 2021 xde ke repeat smulašŸ¤­